you come with a good way, you'll get a good day

Wednesday, May 15, 2013

Update diri sendiri

Assalam and Hello guys.


Udoh lame beno idak ber update blog teman ni. Al Maklum la, tgh busy woi. sirius tak tipu. Cam haram je jadual aku pack gila babi. Serious rasa bersalah sbb ade few adik2 kawan yg nak fly sini gak and tya pendapat and persediaan apa semua and aku belum sempat nak focus on them. Aku punya wasap just utk info from group kelas and melayan kakak2 aku tu ha ade jelahhh yg di bincangkan. Tambah akak atas aku pya wedding dah nk dekat, so mmg penuh notif wasap dgn update jenih kain apa nak pakai time wedding kan,  ditambah lagi update anak dara aku si Mily tu yg skarg dah ada gigi nam batang.Pape lah nak.


Now aku tgh Final exam utk second year meds studies. Aku rasa aku focus sket utk this year. Aku dah stop FB, Stop sgala jadah apps apps kt Android memandangkan Android aku pun cam babik dia punya performance. Dh setahun setengah aku beli memory card 4gb, baru dah nak mampus kejung hp tu aku hempas, baru berfungsi memory card nya. Tambah stress aku.



Physiology paper down. Korg doakan lah ye. Alhamdulillah, written aku mcm yakin skek, dari tahun lepas. kira tahun ni each quest aku jwb dgn jayanya. Diff from tahun lepas, mcm siall je soklan. (ceh, soklan yg sial ke kau yg bangang?) Utk exam oral and practical pon Alhamdulillah, Proff siap ckp "MasyaAllah, you are good" sebab Alhamdulillah, aku strike semua soklan yg mmg aku slalu baca. Tapi practical exam dia cm slits and split sket. But YaAllah, please be okay for everything,


And, ada lagi 3 papers medic and 4 paper agama aku nak tempuh.


Ape lagi ek? Ha, aku tgh stress psl kulit aku ni. Aku tuka face wash dari Himalaya ke Olay. Waktu aku pakai facewash Himalaya, smua ckp kulit aku okay. Bila tukar Olay, cam babi je feedback. Harapkan nk puteh pakai Olay, Hitam tambah birat birat jerawat lagi ada.




Mintak maaf kepada kwn2 yg kdg2 aku disappear bila korg Whatsapp, Bukan apa serious aku tak boleh buang masa a lil pon dkt benda yg chatt chat ni. Aku ni kang jgn dimulakan, pakkal kau nk tya pendapat aku pasal benda ilmiah, kang sampai ke gossip artis pun aku  rungkai.




Nanti abis exam aku layan korg. aku abis exam 19 June. So bersedia utk summer lah kiranya! weehooo!





Oh, pastu ada one more thing. Aku tak tahulah, last time kwn aku ada prob dgn sorg perempuan ni. Aku kan kwn sejati, Haruslah tolong jugak kalo kwn kau ade masalah kan. Tak kira walau anda berada dimana, Spisis aku tak tau lah nk panggil spisis apa, akan buat kau sentiasa menahan sabar. Ha, dulu aku up entry baik baik utk muhasabah pun jd bahan bash, kata aku perli diorg, Pantek, padahal aku sikit pun tak ckp kau pangai cam gampang ke ape dlm entry tu. But still nak jadi bahan. Padahal sebelum ni tak pernah pernah nak terjah blog aku ke ape, bila ada issue ke apa, haa..sampai ke twiter blog kau terjah. Pastu nak feeling2 entry aku perli kau. Pergi mampos.


Last day kwn aku tunjuk kt aku, ada makhluk print screen tweet aku and jadikan bahan menganjing. Aku tak tahu apa masalah nya, Kes lama dah senyap, tup tup ada pulak yg tunjuk kt aku benda benda sial mcm tu. Bukan sorg, dua tiga org tya aku, kau tak bengang ke Ra ade org buat cam tu, padahal benda dah settle?



Hari tu aku tweet, aku gi pharmacy, pastu pharmacist tu muka sentap tya aku baru lepas keguguran ke. Lanchh gila soklan. Tapi mmg la, ramai kata muka aku pucat. Tapi tak kesah lah, aku tweet je lah. Then ada lak makhluk cerdik pandai gi print screen tweet aku tu, siap menganjing ngn sahabat sejati..muka aku belum kawin dah ada org ckp keguguran..entah2 esok dah kawin org igt aku anak 5..and ade la lagi yg dimenganjingkan siap tertera lagi gamba twitcon aku. Kimak gila time aku pakai twitkon tak lawa baru nk print screen. Tunggu la aku pakai twitcon solehah skek, baru kena.



Kan? dah level Universiti, study luar negara pon ade lagi fenomena bitchy2 mcm ni kan? haa...jgn tak tau. Masih ada ye. Sebab, dah takda benda nak dibuat, pun jadi lah nak up up tweet org yg tak da kene mngena dgn dia. Tapi dianya privatekan tweet...tau takot ke ape kalo aku jumpa. Nak menganjing aku tapi belakang2, Oh by the way, setelah aku unprotected and make Tweeter aku public baru lah up benda2 print screen tu. Fuh. Sanggup tu Scroll TL aku.


By the way, kalau boypren aku tak reply wasap aku ha iye aku nk stress ke nak sentap ke nak menangis ke ape ke...Tapi kalo benda2 bitchy gini, harap maaf lah, aku sikit tak infected. Bagus jugak ade org buat prangai gini, ade gak aku nak sharekan kat sini. Aku peduli apa, aku tak jentik kau kan?



Sampai ke mana sgt,




Cuma lesson nye kat sini.



kepada perempuan perempuan yg ada conflict dgn perempuan lain, tak payah la nak membalas dendam dgn cara mem print screen..menangkap gambar dlm senyap pastu sebarkan kt twiter, pastu nak meng unmensi unmensi....pastu add on, ade pulak yg terasa sentap..ada plak yg jadi batu api..ujung ujung kau yg stress. Kalo dua dua counter attack takpe, kira dosa nya sama rata xda sapa dpt pahala,

cuba kalo sorg duk asyik menganjing, yg sorg tu sabar dan berdoa..dlm pada masa yg sama dia tak redha dgn perbuatan kau?


Sia sia kau study tonggang tebalik solat cukup lima waktu sbb Allah tahan nikmat yg patut ko dah dpt, tapi kau meng aniaya org lain, kesudahhhhh kat situ level kau.




Sebab kwn aku pernah pesan, Keredhaan Allah terletak pada keredhaan manusia.

"hablumm minnannas..Hablumm minallah.."



Ada contoh kot kat faculty aku. Dia mmg expected to get the highest score..mmg dah la otak genius, rajin..tapiiiii...ade la few attitude dia yg buat ramai tak senang ngn dia...and at the end dia just dpt biasa biasa je. Mungkin ada sebab lain, tapi Wallahualam.

Jadi, kepada pelajar pelajar especially, Jagalah hubungan dgn Manusia, apatah lagi hubungan dgn Allah. Memang kita tak sempurna, tapi cuba, perbuatan kita, kata kita, status kita, tweet kita, tak payah atas dasar nk memerli. trust me, Dakwah dgn cara memerli takda efek. lagi buat org benci golongan nak berdakwah ni ada.

Aku ckp sbb aku slalu kena. Aku tak buat pape kena perli, Aku buat gila lagilah kena sula ke rejam ke aku pun tak tau lah. Kadang aku tetiba berubah tu bukan sebab aku hipokrit, tapi aku hormat dgn org yg ada dgn aku time tu...dia baru dgn aku..takkan aku nk bwk perangai sebenar plak? rilek rilek cool cool je lah aku. hahaha. Punnn jadi bahann kata aku hipokrit. Pon boleh lah yang.


Aku jadi nampak benda2 ni sbb kwn2 sekepala dgn aku jenis suka brain wash aku.. cam sial je masing2. kalo menasihat aku tu kemainn mcm dia dah study dah ni saikologi manusia menurut Al Quran dan Hadis. Kemain pandei bercakap. Hahahha. Tapi Alhamdulillah. Dengan cara tu, aku tak mudah nk terasa..tak mudah nak membalas ape org buat kt aku...Thanks kwn2. :)


Sampai tahap.

kawan2 aku yg tolong men terasa kan utk aku tatkala aku diperli di laman maya.



Ceh. Kemain. End entry dgn style tazkirah gittu.




Dah lah, mls layan korang. Hahaha. Stay tuned Loves!

XOXO!

Sunday, May 12, 2013

Masa yang telah tiba

Assalam and Hello guys.

Entry kali ni, mintak maaf  sbb not according to the last demand where i should post about how exactly the feels on the lane of doctorate is.


9Mei2013, aku scrool twiter seawal pagi, pukul 3am org ready utk tahajud, aku ready scroll twiter, nampak jahilnye tu. So, 3am Cairo equal to 9am Malaysia. Aku scroll twiter and nampak tweet dari sorg Ex Schoolmate yg state sorg ex schoolmate kami telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.45am Malaysia. Allah, bila aku tya siapa, baru dpt tau


Arwah Hafiz Helmy dah kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan kuman pada perut.

Al Fatihah.



Arwah dia ex classmate aku sejak dari sekolah rendah. Rapat tak rapat lah. Hubungan aku dgn dia mcm kwan yg mmg dah lama kenal.Tiap tahun panjat tangga sekolah jumpa muka dia...kang kalo ade tak kena kang gaduh lah itu ini, kang kalo ade pape event kang dgn dia lah jugak berkerjasama nya. Sepanjang yg aku kenal Arwah, dia sgt tak berkira, rasional dan ringan tulang.

Dia pandai. Waktu lower form, aku slalu fight result ngan dia. Dan last before naik tingkatan 3, result dia beat aku, dia dpt nombor 2 dan aku nombor 8. kemain jauh dia beat aku. Rindu kenangan dulu2 where cuma itu result, kwn2, event skolah je yg jadi permainan dan conflict. Cer kau tya sekarang?

conflict jgn kata pelajaran,
dgn universiti punya sistem sengal
duduk luar negara kena tekan
saingan makin sempit
bergantung pada diri sendiri utk survive
takda BR1M
takda voucher buku
Takda kad siswa
Bakal suami still study
Mak bakal suami garang strict sgt
Kulit makin teruk, Jerawat naik.  sbb tukar face wash pakai Olay
Dengan ramai pendakwah yg suka perli2, baik salah, gedik salah


Ada aku Demonstrasi? Ada aku ckp kerajaan Nokharom Pembangkang Nokmapuh?

Takda. Aku bersyukur aku anak Malaysia yg punya Kerajaan dan Pembangkang yang mampu utk bawa Malaysia ke mata dunia.



So, bukan dugaan aku yg nak aku ceritakan. Tapi my deep condolence aku pada sahabat lamaku yg telah pergi selamanya.


Banyak kwn2 yg buat entry khas utk arwah. Ada yg sekadar di status, dan ada yg tulis di blog. Allah. tiap kali aku baca, sedih, sebak....sebab betapa kehidupan dia cuma berbakti sampai akhir hayat, sampai takda masa dan peluang utk diri sendiri. Dari Zaman sekolah lagi.


Kerja arwah kalo tak tolong cikgu, dia akan permudahh smua majlis, event dann sgala program di skolah. Be it program keilmuan atau program kokurikulum. Allah. Moga dgn jasa dia memberi pertolongan akan dibalas oleh Allah.



Sampai jejak ke umur 21...sebelum dia nk sambung study, dia kerja dulu...kerja sebagai Pak Guard di sebuah skolah Agama di Tanjung Malim kalau tak silap aku...nmpak tak dia tak memilih kerja? asal kerja Halal...ada pendapatan..YaAllah :'( air mata aku ni hampir menitik.



Kawan2 yg rapat dgn arwah ckp, arwah suka subjek English...suka mengajar...tapi tak kesampaian dia nk sambung blaja dlm bidang English...




Arwah Hafiz Helmy Sabudin, Semoga Allah rahmati, dan tempatkan roh kau di kalangan org2 yg beriman. Ketahuilah, walau aku bukan sesiapa, tapi jauh dari sudut hati aku, cuma aku dan Allah yg tahu betapa aku agumi semngat dan dedikasi kau pada kehidupan dan masyarakat.


Rehatlah kawan ku, tak perlu lagi kau fikir dusta tipu dunia. Sudah kekal dan pasti nasib mu disana. Allah sayangkan kau, Allah nk cepat2 kau ada bersamaNya. Allah, berbahagia lah kau kat sana ye HafizHelmy :")

Ni gamba zaman sekolah dulu, taken from blog  fakhi  

(Arwah adelah dua dari kanan)


Buat aku terasa yg diri ini byk membuang dan mensia siakan usia muda. Sudah terbentang luas peluang belajar...tapi masih tak nampak, dibandingkan dgn arwah yg bergantung dgn diri sendiri utk sambung belajar...utk tidak jadi sampah msyarakat.


Nikmat Allah yg mana lagi yg boleh aku dustakan?




Al Fatihah. 










Monday, April 8, 2013

Hygeine careness for Ladies

Assalam and Hello guys.

Mih mih mih sejak bila aku punya tajuk entry ala ala pesanan dari kementerian Kesihatan ni? well. Memang sekarang ni aku sikit lagi jadi Majlis Bandaraya, Pegawai Pemriksa Kesihatan, Nurse smuaaa lah yg ada kaitan dgn kebersihan dan kesihatan.

Baru aku sedar, aku ni pemalass ya Amat. Tapi Alhamdulillah masih lagi Pembersih.


Okay, seperti yang diketahui, aku duduk bukan di Malaysia. Tetapi masih lagi ingat daratan dan lautan. Masih jaga adat ketimuran dan sopan santun si gadis melayu jawa. #Eh.

Ya, Aku duduk di Egypt memandangkan tuntutan belajar dlm bidang kesihatan disini. Sudah masuk dua tahun InsyaAllah. mihmih. Dah nak abis pun tahun ke dua. Mih mih lagi.

Egypt boleh kata negara 4musim. Entah, aku pun malas nk baca geographic background negara arab gila ni mcm mana. Tapi yang aku tau, negara ni ada Musim Panas, Musim sejuk (winter), Spring dan Fall.

Sekarang adalah Musim Panas. Panas nyaa mcm nk mendidih otak kekadang tu. Nak terbakar tudung pun ada. Hmm, nampak nau dosa menimbunyya, org lain takat panas2 ayam, yg aku siap nk terbakar segala benda. HasbiyaAllah T_T

Ye rakan rakan. Dulu waktu  mula mula aku sampai, para senior menasihatkan supaya jangan mandi selama 3hari??? Wadefaggg?? Aku dan rakan rakan pon bodoh, ikot shaja..takot demam katanyaa. Tak sedar yg kau tu dah merentas berapa negara, berapa airport di tempuh ntah brapa juta spisis bakteria melekat dibadan ditambah bagus dgn tidak mandi selama 3hari setelah sampai ke destinasi.


Sekarang ni musim panas, pun ada org masih nak ugut2, nak takut2kan aku supaya jgn mandi hari2 dengan alasan :

-Air di mesir tajam tajam (aku tak tau tajam tang mana)

- Pernah terjadi peperangan di Egypt dan ada tumpahan nuclear, effect nuclear adalah sampai sekarang

-Bilharzias disease ( penyakit hati dikalangan penduduk kawasan pendalaman Egypt)


Bila aku tanya semua cerdik pandai di egypt ni ttg kesahihan kisah kisah diorg ttg Water conflict di Egypt ni, semua jawapanyya adalah : "Betullaa...kakak senior bgtau kot..."

Der, lu bakal doktor ustazah, tapi lu percaya rumors about healthy care without any research or at least google, macam mana ni der?


I have gooogle about this from several sites, and confabulating reading prove that there is  NO veto to clamp down  daily hygiene routine such as take shower.


So there is no problem to take shower everyday, regularly.


And i ask my super duper senior too, who stays in Egypt for about 5years. And obviously he has same hygiene routine as me, and still live, yet kemainn ligat bersuka ria di Egypt namun masih mampu beri result gempak.





Abaikan ayat2 terakhir. Biasalah senior, dia kalau tak menggeletis dgn junior, dia mmg tak sah. 



Jadi kesimpulannya di sini, Mandi lah. Lagi lagi perempuan. Mandi ye. Sebab permpuan byk folded area. Even kita mandi pun kadang folded area ni tak berapa kita nk vital kan untuk cuci dan bersihkan, ni kan pulak kalau kau tak mandi. Mandi sekali per 3days tak cukup ye. Ni musim Panas. Mandi hari hari lah, at least sekali sehari. Ye? Tak susahkann. 



Kalau kakak aku bace ni sure geleng kepalaa kat adek sendiri, Kat Malaysia, kemain malasss mandii..kat negara orang, ewah pandai pulakk kau menasihat org. Siap buat research lagi. puiii. 



Actually byk lagi rumors merepek senior2 terlebih bijak ni bagi tau..

ada yang ckp, kalau lelaki kat sini tak boleh keluar pakai kain..especially kain mcm kain pelikat tu..kalo jubah takpe...

Pastu aku tanya la..kenapa plak mcm tu..? 



Jawapannya..


Nanti org arab ingat ko baru lepas buat projek. 



waddefakkkkkkkkk???????

Wednesday, April 3, 2013

Setia hujung nyawa bersama SeparaHot

Assalam and hello guys.


Sorry sbb dah lama tak update. Biasalah, internet dipotong separuh bulan tatkala aku sudah bayar bil utk dua bulan sekaligus. Harom.


Lately Egypt has uncertainty in economy, politics and small riots over bangang things are everywhere. But don't worry, Rara is find and seems they don't have that gut nor brave enough to touch Malaysian.


Surprisingly over massive havoc and chaos they made, No such thing of #BUBAR trending stated no where.

So, i heard (bakdatang lembap pasal politic issues kat negara sendiri doh) Malaysia parliament had been  disband and Malaysia has no definite ruling for now. So, im 20+ and still don't have that chance to vote.

Youngsters, stop make bangang funny nokharom parody of our leaders. That aren't right somehow, but okay lah kalau tgh study layan Malaysian 9gag and found that caricatures of DSNajib but with his wife hair's on top instead his half bold head. WAHAHAHAHAHA. Lawak sial.

 Yang mana boleh undi, at least do some history reading on how the development of Politics in Malaysia minus those cilakas blog who spread rumors and untrue stories. Read, digest and do comparison. Yes we have to take it serious because leader we choose now measure the quality of the country in 10 years ahead.


Jangan lah baca sgt Tok Guru dulu skolah mana, macam mana Tok Guru hilangkan stress dgn baring di riba isteri bagai..DSAI soft porn, DS Rosmah rings and those DS Najib kena nasi kangkang bagai..not a need for time being perhaps. You know what to read,

And as Muslim you know at least how Negara Islam in brand should be. Minus to take example from this negara islam i sit in. Mesir kau nak ambik contoh? JANGAN. MESIR is great negara islam should-be but it left may-be because of well develop genetics error with fine stupidity had been their tradition for long time ago. Look at Kuwait, Saudi, UAE kalau kau nak ambil contoh. They got real Muslims way add on those rich man with handsome look. #Eh.




Memakai Tudung style isteri isteri sultan Brunei. 




Okay, in couple of days, i will update about 

Hygiene supervision in which i can see Malaysian who stays in 4seasons country has neglected.

and 


My dear adiks2 SPM leaver yg nakkkkkk sangat jadik Doctrolllololololololololol. And especially to my down-mood sister SarahJalal. I will post something for you to read and consider on how our lane is still long. No down-mood lagi okayy? KakNa kan adee..hiikhik. 






KakRara korg ni busy sikit sebab tgh end sem and need to prepare on many things plus this friday ada Handball Match.. Go Azhar team! 




Till then, 
Adios. 


P/s : Happy Birthday My only AbgNgah. May Allah protect you and adikk love you both kak farah and AbgNgah!

Thursday, March 7, 2013

sedikit






Assalam and Hello peeps.~ Ehh helloooo !!



Hai kawan2. Ha, yg kt atas tu jgn tgk je, bace, fahamkan, masukkan dalam hati. Dah lame tak menulis an an. These days aku takde benda sgt nak di isu di maki kan dlm blog. Tapi dah name ade blog tapi kalo kosongggg, berabad tak update, baiklah bukak Microsoft Words, then tulis dalam tu..baca sndiri..ha, nk print buat document pun blehhhhh.

Blogs kwn2 lain pun aku tak sempat nk comment2 ke drop by ke. Haha, mesti dah merajuk. Nanti Kak Ra kau dah ada waktu extra, mmg aku khaskan waktu nk baca blog nkorg je. Jgn marah ye dik non. 


Dan selain takda isu utk diutarakan, ni aku share2 la ape yg aku jumpe kat newsfeed facebook tu. Aku rase bukan saje perlu utk aku..tapi utk smua ummat manusi. Ceh. Staajah rara baq hang. 




Baby Asmaa' Khairiah dgn Unty Rara. 


Haa..ko jgn memainn...cekgu pun tak bawak anak time ngajo. Ko tgk aku bwk anak gi kuliyah. Hewhew. Ni anak akak senior aku, YaAllah, besar pengorbanan seorg ibu. Kesian baby Asmaa'. Dia dpt ada disease Otitis Externa. So kena intensive care from who's more then a mother?  Ko bayangkan mak dia bawak anak 5bulan masuk dewan kuliyah and SubahanAllah takde masalah pun. Profss semua faham. Hee. Ni seronok kolej perempuan semua..semua ada naluri keibuan. Gamaknye baby Asmaa' pun rase selamatt je sape sape pegang pun sbb dia dlm kalangan bakal bakal ibu mithali. Especially kak rara tu Wahahaha


Tapi memang ajaib kuasa baby. On that week, aku stress. Dgn kena food poison nye, selesema sebab pertukaran musim nye..test berderet nyee...aku mmg tido 3am-6am je the whole week. Profs plak smua tgh musim PMS...agak2 tak dpt jawab je smua nak assume student tak study kt rumah. Siap suh balik Negara sendiri lagi sbb takda otak berangan nak jadi doctors. Hahaha. Kau Hado? Than at the peak moment hari tu bila aku tak tahann gilaaa..badan sakit2...hidung sumbatt..sakit kpala...aku kluar jap..skali nampak baby asmaa..aku pun main2 la skali..pegang2..kiss kiss..belai2..hilang rindu aku kat my sweetheart MilySafiy:) Than...pastu, baru aku sedar...Terussss hilanggg bad mood aku...setan nk menyucuk nyucukk suh mengamukk pon dah hilangg..mcm segar..mcm dpt smangat..hilang ngantuk...sakit2 badan pun mcm tetiba dah tak rasa...:) That's baby teraphy :)



Oh, lupa nak cerita..haritu streets kat Egypt buat massive renovation. Habis tanah tanah jalan raya di kombahnya nk masukkan ape lagi aku tak tau. Sampai anjing pun xda tempat nk landing2 dah..tau2 landing atas kereta..yg aku ni bersandar kt kereta...skali tgk atas, eh comel pulakkk anjing senyumm sambil landing kibas kibaskan ekor.Mcm faham plak aku penat. Ha, dah tu, effect dari massife renovation tu, mmg ade la paip2 pecah and nak dekat dua hari ada masalah air kat apartment2 Nasr City ni. Nak histeria aku sambil kena diarrhea(cirit birit) sambil takda air. 


By the way..setelah 20++ tahun hidup, baru lah aku sedar dan trauma untuk makan2 kat kedai makan. Harus akuuu bepeluh2 kat dapo dari kena food poison lagi. Makan kat luar semedang..! (cz im pack and schedule tak sama dgn housemate lain, so time mkn aku takda/food habis, sedih sial) Ni aku blajar2 nk rajin makan buah and masak simple2. Kalo kat kedai mmg best, layanan baikk...si abang kedai tu kemainnnn tiap kali dtg nk mintak facebook aku. Tapiiii choiii. Teh aiss bercampur penyendal pintuu dihidang nye ke aku. 



Bibi's Treat


Setelah lebih kurang a week aku sakit..Bibi le vestprengg pun ajak la teman dia carik barang dia..pastu time da nak balik tu aku gi toilet jap...pastu klua2 toilet je eh? dia dah order benda ni...Bibi Blanja Hot Choc Mocha Frape. Ceyceyyy...uwittt uwittnyewww bibi ni. haha, tau kawan sakit blanje sweet sweets. Hahaaha. Berguna juga kau ni bi. Kalau tak nyemak je dpn aku. HAHAHA. Thanks girl!



Eh hai dik nonn. Gambo KakRa kau mesti ada. Eh hitamm plak. Ni sbb pencahayaan ni. 



Pergi talk about Lahad Datu with Girls. YaAllah. berikan keselamatan pada semua Ummat Islam YaAllah. 

Tapi quite sad sbb mcm ada isu PLITIK MASIH  DIKAITKAN DENGAN ISU LAHAD DATU. 

Kata konspirasi itu ini..than tiba2 keluar statement sistem sekuriti bilik senjata Angkatan Tentera Malaysia lemah laa...ape laa...And what it's relevancy to Mahasiswa's responsibilities for the nation? But aku nak berfikiran terbuka dan ambil good points sahaja. Nyahh element negative dari diri aku.!! Syuhh! 



Ok, peeps, i leave you to that. just wanna share what is up to me within these days. Dont wanna leave you guys missing me :) XOXO



 YaAllah. Berikan AamilySafiya kesihatan yg baik..jadikan dia anak yg solehah..berikan dia kebahagiaan sampai syurga yaAllah. 


Mummy miss you sayang. :'(
 





Thursday, February 28, 2013

Hati

Assalam and hello guys.


Sebenarnya tajuk entry nak tulis, Hati kita Allah yg tahu. Tapi, aku rasa mcm tak layak je untuk aku buat entry pasal keagamaan dan keinsafan ni. Cuma aku boleh tulis pasal Hati. Ye la, Hati aku.


Aku sebenarnye confuse dgn diri aku. Macam yg korg baca dlm blog aku ni, kadang kemainnn mcm samsengg maki hamun aku, pastu kang tetibaa kemainnnn lembut, sweet aku kalo bercerita pasal Nado..than kemain aku cm bagus ckp pasal my opinion. Aku tak jumpa lagi dalam aku ni mcm mana.


Kawan silih berganti, datang pergi,


Sebenarnya lagi aku nak ckp. Lepas mcm2 dosa aku buat, aku jadi keliru. Aku jadi mcm gila glabahh doh, lu kejap nak jadi baik, kejap nak jadii cooliosttt menganjing, tak fikir org, cepat menghukum...



Jadi, skarang ni, bukan aku nak ckp aku dah tak buat dosa. Baru tadi aku ponteng kelas Adab Balaghah. (subjek agama kat faculty aku). Kahhh.



Allah.

Allah takdirkan mcm2 org datang dlm hidup aku. Kawan2 aku, ada yg cemerlang, tapi dalam etika berkawan lansung takda. Ada yg teruk gila prangaiiii cm haram..tapi dia lah ada susah senang aku...ada yang cemerlang pelajaran cemerlang etika, cemerlangg akhlak...Tapi one thing. Diorg ni semua sayang aku, nak tarik aku ke arah kebaikann...suka and raikan aku kalau aku ikot diorg pada perkara perkara kebaikan.


Allah :)


Contohnya,

Aku rasa kwn2 aku tau aku mcm mana. Jenis pakai ikot suka hati aku,Tudung kang asal lawa kat muka je dah. Dada, gunung volcano hot aku terdedah tara mana aku tak kesahh.. Tshirt tido pun bleh lenjan gi kuliyah..cume sarung cardigan je..stokin pakai tak pakai..kalo sejuk baru pakai..boleh? pahtu...sinsingg lengan ikot suka hati akuuu..agak2 rimas..nah kau, pakkal org nmpak yg aku sinsing tu adelah cardigan,kalo tak, mau diorg assume aku ni bertudung tapi pakai sleeveless. Ko boleh bayang ke selamber ran aku mcm mana.



Tapi. Aku rasa tersentuh, happy dan rasa disayangi bila.

Ada hari aku pakai baju kurung or jubah je..mesti kwn2 kelas puji...cantikknyaaa kakRara...:)

Ada hari aku pakai shawl besar, so dia jatuh byk kt bahagian dpn.tutup dada...Anis tego..cantiknyyaa kakRara pakai tudungg hariniiii....! in fact, aku tak plan pun nk pakai tudung tutup dada ke apa..


Ada dulu aku pakai baju kurung for the first time pergi kuliyah, than Carrie terus pandang aku mcm terpegun and ckp kuatt2...waaa...! caantikknyaaa pakai kainnn...:))

Pastu ada satu waktu tu..aku and Bibi dtg usrah (read :dlm keadaan terpaksa) dgn jeans..shirt yg tak proper and tudung bajet hana tajima. Tapi..kakak Usrah kitorg pandaii ambil hati kitorg...dia ckp...Alhamdulillah..hebatnye Rara ngn Bibi ni..walau rush dari shopping mall pun gagah istiqamah jugak dtg Usrah..:)

Terus hati aku lembut, lapanggg je berbulatan gembira..sembang mcm2 perkara..tya smua benda2 yg aku tak tahu...and Alhamdulillah, aku rasa not bad pon bulatan gembira ni :) 


Lagi satu peristiwa..waktu tu solat jemaah dgn kakNadia..and few girls..pastu kakNadia suh aku lead baca doa..aku reti baca doa dlm melayu je..aku pun baca la..aku mintak dan ckp kt Allah tentang apa yg aku harap cuma belas kasihan dia je..sbb aku tak layak nk dibagi lebih2...nakal jahat mcm mana pun aku, aku mintak Allah jgn tinggalkan aku je..aku nak mintak mcm2, aku malu..tapi kat sapa lagi aku nak mintak YaAllah...itu je la pun yg aku mampu dari jauh dlm hati aku.

Pastu kakNadia ckp, dia tersentuh dgr doa aku...Dia pun ceritaa dari side dia pulak..sebelum dia jadi Pelajar Terbaik SPM kebangsaan, byk yg berlaku pada dia..cuma Allah yg tahu dan yg mampu dia buat time tu hanyalah DOA. Jadi, Rara jgn putus asa..doa..Syaitan tgh nk panaskan enjin nk hasut Rara lagi jauh tu...

Allah. Rasa mcm, YE! nakall jahat cm mana pun aku, AKU KENA DOA UTK KEBAIKAN SEMUA

Dulu aku Anti sgt dgn perkataan Usrah-Tarbiah ksemuaa lah adik bradik benda tu. Tapi, tak dapat dinafikan..benda tu pentinggg utk build up dalaman. Aku dah pernah buat Experiment dah atas diri aku sendiri pasal kepentingan aktiviti2 agama ni smua.....Hasilnya..1st year aku mmg lingkup cam haram.

Aku aspect untuk hanya fokus pada study..study gilaa bagai nak rak..aku paling nyampahh kalo ada ajakan2 nk gi usrah ke, kelas tafakuh(kelas agama) ke..Ada Sheikh hebat dtg ke..Peduli apaa aku, aku dah la test berderetttt...


Tapi. Allah takkan bagi kau yg luar kalau kau tak sedia yg dalam. Aku studyyyy gilaa gila. Tapi aku susah nk ingat. Aku ego, aku cepat rasa menyampah pada org yg sikit2 ckp pasal agama...Apa aku dapat? luar dlm kosong :) HasbiyaAllah.


Jadi, aktiviti agama tu tak cukup dgn skadar aku cukup solat 5 waktu, bace Quran sehari sehelai, sunat hajat taubat sket2 tapi hati aku tak pernahhh nk terima tarikan ke arah kebaikan walau pada mata kasar nampak mcm kacau masa study aku..kacau masa rehat aku..




Tadi, aku pergi kelas Tafaquh. (baru sekali pegi dah nak gebang, puiii!!)


Tapi, yaAllah.

Ustaz tu ckp pasal simple thing je pun. Pasal wudhu. Aku tgk org lain salin mcm2..aku tau diorg faham dan nampak mantap cara diorg fokus...diorg pun doc jugak mcm aku..bezanya..diorg doc yg tak ego..diorg doc yg bertuah sbb Allah takdirkan minat syg dalam pada perkara agama.


Aku ni terpinga pinga nak salin apa..ada certain word yg Ustaz ckp, tapi aku tak faham pun word tu..aku faham yg simple2 je...rasa rendahh sgt aku time tu..:( duduk depan skali choii. tapi dgr dan sekadar pandang..kang aku pandang je kang kate aku tenungg potential husband..Allah. serba salah. tapi aku cuba faham sikit sikit..:)



Aku tgk buku Pecha...Allah..hebatnya diaa...dia ada catatan pasal sesi tafakuh yg lepas lepas..dah la tulis dalam jawi..cantikk nya tulisan dia..tgk kakSak punya buku plak..dia ada point byk..apa2 aku tak tau, aku terus cuit dia..dia tolong cerahkan..kat belakang pulak..Aina puji aku pakai jubah...dia rai aku sebab dtg kelas agama...

 yg gambo atas, Pecha punye notes, yg gambo bawah tu aku punye notes. Aku ni kalo tulisan rumi pun huduh, mau nak menjawi kan tulisann...harusss ada baris pun senget benget tulisan aku. kahh.


Jauh dlm hati aku, aku malu dgn diri aku..tapi persekitaran aku, celebrate aku...Cume aku je dpt rasa perasaan tu. Terharu..sedar..bertuah...rendah diri...Sebak... :)




Sebenarnye aku pun tak berani sgt nk post entry ni, mcm bajet bagus. Aku takut tak istiqamah org kata, Tapi, aku tak aspect nk drastically. Wuii. tahap syaitonnnn baran, syaiton fun life, Shaitonnn sossial aku ni bukan sikit woii..banyokk. Haha, tapi...insyaAllah..semoga persepsi aku untuk terus ke arah kebaikan ni akan terus jadi persepsi yg betul..yg positif...ya you know, aku slalu rasa budak2 yg pegi usrah, komited dgn program agama, yg tak pakai sluar jeans blouse ni smuaaa tak coolll..~

Bukan senang. k, bukan senang :) 


Im still Rara. my family's lil monster, Your Hardcore Rara..and always be the Havoc Rara who be friend with everyone.



Doakanlah Farah Noerhana a.k.a Rara ni slalu ada tempat dlm taman syurga dan syurga yg sebenar :)



 Beb, baru sekali pergi kelas Tafaquh Fiddeen, dah ada encik senior puji bagi support.

Phew~


Till then,

 :)



P/s : Entry dedicate to, MediCaliph 4 :)





Monday, February 25, 2013

blame society or adapt

Assalam and Hello guys.


To believe or not, i have these four sign. 



My life for my second half time in my second year is quite chaotic as a result from procrastinating attitude as well as big complacency gene is well develop in my each cell division in every phase of DNA generating process. 


intro nak gempak. pi mampuihh. 




Before i came into my residency unit (now) and staying here, i have set my mind with great tolerance and positive thinking had and always been sown deep in my self. I don't want to hate. I don't want to make environment be a reason for my down-mood, I don't want to make enemy(ies), and most of all, i am trying to like everyone at first sight. Bak kata orang alim, cer  Khusnuzzon skettt. 


There must be a reason for all these positive value are set up in my self whereas it should be there in my self from the first time i know i am an adult and need to act like one. Why must these great value been set up even elevated when i made decision to move into my house now? 


Because i know, i am going and need to adapt with my new people, new rules, new environment, new ideology, new nokharomm jadahh apa prangaii ni and so-called new in this world. 


If you were about read my blog since before, you'll probably know where was i stayed before. My friends and i has rented a cozy unit year back. We stayed there for our first year and planned to live there for maybe couple of years. But shitty landlord always a troublemaker. In short, shitty landlord chased us within 3days. Well, this is Rara. My friends and i manage to handle it and we decide tomove to our respective rumah negeri. That was economically benefits to everyone or we are going to be homeless.


Nowadays. 


The community in here are almost take and practice real-Muslim(Islam) way in daily life. Very good routines are set up everyday to give the students a balance soul of Dunia and Akhirat. 

They (almost) wear Niqab, big hijab, Jubahs every time, big boundary between males and females and so on. Deep in my self, i thanked god for placing me in this community, since i kinda neglect and do not care about being a real muslim. But. my hobby since forever is observing. 

Unfortunately,


If you are an adult. overseas student, about to handle many things alone and many things get through into your life, why won't you at least learn or take any lesson from it. Are they just fade away after you finished it? 

You want to have your own comfort without realize others are suffers mentally.Orang lain pun nak study till lewat malam hoi. Do you now light can re-tune brain and you are expose to sleep-cycle problem and lead to unproductive day for the next morning?

You curse anyone which have different thought 

You put Haram there Haram here, at the same time that haram thingy you put on others muslim. 

You are not hipster yo, you are hijabster. There is no reason to joke around with high amplitude of sound when you know mans just a level up on your house. 


You should not brainwash. You should heartwash. (ambil hati perhaps?)

You leave house for events and leave maggots to eat the waste too. 

As far as im concern, Putting any posters, political articles, create any political tantrums and kinda sensitive stuffs are not the right things to do since that going to put others matters in between. (perbalahan pendapat, org suh blajo gi bantai bgaduh pasal politik plak) You may do that, but for the sake of everyone, how about to choose live in harmony without inserting those bullshits.


To advise others directly or convey what the not(s) in manners are way better than put tthings halfword. (perli) 


Put the bold line and have that suspicious sense to association which has different  ideology.


Pinggan habis makan letak dapo, aku bleh basuhkan. I can't stand bau sisa when i get into room!. I am virgin but i don't know what happen to me for having this pregnancy syndrome. (allergic to bad smell) Swear, i got no boyfriend nor thinking of one night stand. (kahhhhh)

There are so many political conflicts being argued in this building. Not to forget, the argument  are hidden behind so-called fake smile, back-talk, and usrahs. 

i try (or maybe not from your eyes) to accept, adapt, open my heart to stop my self doing many things i used to do just because i respect and i give my heedful to obey 'your' rules and not to make my self as an alien there.Well, actually i hate the part where the people who should signify what they learn (suppose to be good things, good deed, peace-maker) but  they become the sampling of otherwise.




But again, everyone has own weakness. Again, we need to 'adapt' :) 



That four signs above, (tanda tiada keberkatan) are maybe because my heart aren't that open to let go all hatred. Too much thinking of these people who doesn't care of others and always questioned what i still not get instead of thinking what i already get.




Optimistic. ye, optimistic. memang aku duduk sini hadap benda benda ni semua. kalo tak, tak syok lah hidup. Kena ada gaduh gaduh sket. shisha shisha sket. kutuk2 ustazah sket, usha usha ustaz sket. 


Pahtu, marilah kita sama sama menyelesuri,wadah perjuangan islam..! Haruslah melahirkan Professional ustaz! Mari...mari sama samaa kitaa memperjuangkann dan mencetuskan ideology ideology para para daie untuk sama sama memartabatkan islamm! Bersihhkan tampuk pemerintahan negara! politik dan islam harus digabungkan...! Kerajaann..blaablaa...1Malaysia....! pasaipa tah najib pi bwak PSY...! Rosmahh lah yg bersalah! Yaa....! bangkitttt! 





zzzzzzzzzz. 















p/s : sapa kata aku pro mana mana parti politik, dia memang pantek. Bye.

Thursday, February 14, 2013

Honeymood is over : apakah yg rara lakukan?

Assalam and Hello guys.

Last entry aku ckp nk tulis pasal budget vacation an an an. Wahaha. nanti nanti lah. aku igt cuti byk lagi, rupanya cuti tggl brape hari je. Ni pun aku curi2 waktu to update.



Apakah yg Rara lakukan di engakhiran cutinya? Ya, tepat skali, bukan aktiviti berfaedah! tetapi aktiviti yg sweet sweet mengeratkan silaturrahim bersama Friendshiiiieeep Gurls tidak ketinggalan Nado.


Pada beberapa hari sebelum bermulanya sekolah, Rara dan kawan2 telah pergi ke DreamPark Of Egypt. Yea, DreamPark diamana semua permainan yg ada adalah sama ada anda bermimpi sudah berada di syurga mahupun neraka. Oleh kerana Egypt berdekatan dgn selang beberapa Altitude dari Negara eropah, maka kami disajikan dgn permainan gila yg Europen citizen crave about.


Aku naik benda ni




ini juga..cam harom, habis lencunn. Nasib baik bwk dua sweater n wintercoat




Dan ini juga. Ni bukan menonton wayang ye. ini stimulator kekonon dia bg kita rasa how's tornado. Not safe for pregnant women or newly wed. Pergi ngn safwan, hanif, reen, mimi and wani.





Banyak lagi yg aku main...smua sbb meneman kan si Wani yg suka menan extreme. Bakdatanggg  roller coster dia, roller coster tergantung..Nak tekeluarrrr anak baju aku menjerit. Dia sentap rentap kau kesana kemari..pusing 360degree. memang tolong jgn pakai tudung ala2 MariaElena yg loose loose ala2 HanaTajima tu..memang kau pergi bertudung litup, kau balik jadi freehair entah mana tuduung kau dibawak terbang. 

My Verdict : Seronok tempat ni, Kantoi aku takot pada ketinggian andddd..waktu aku pergi ni, aku tak berapa sihat..Migrain, selesema nak ke demam...Gadoh ngn Reen mangkok dan sebagainya lahh. 




Lepastuuu...beberapa hari lepastu, kitorg ke International Cairo's Books Fair (Maa'rad Kutub/ Pameran Kitab) ! Semuaa buku murahhhhhhh murahhhhhhh!!! aku rasa dlm Egyption Pound pon dah murah, ni kan plak ko convert duet Malaysia?? Lagiii murahhh! All the Best sellers are tremendously drop down in price! You can bargain it too! dah murah, kau buat ala2 anak2 kecil suka membaca sket, mmg pakcik kedai rasa kau comel dan ikot plak harga kau nak. Wahahahaha. 



 I bought this easy-read mindfuck. 



Lesson : don't be a bitch, don't nag, don't change because of them, dont chase for them, DON'T. 

Make him chase you, until you catch him. 


Buku ni bukan 18sx. bukan kamasutra mahupun persediaan ke arah perkahwinan. This more into identify your attitude towards man, how man sees you and ultimately you'll know there's no other thing for you to be fugitive in finding your soul. Now i know why certain man are kerek cm nokharom. 

This books fair is a very good place to go. Semua sales kat each booth can speak few languages. Mostly diorg pandai ckp France, English, Germany and of course la bahasa Arab. Semua buku murah, kitab kitab agama yg sukar didapati juga boleh didapati di sini. Kahh. jgn tya aku kitab apa, aku baca sepatah haram pon tak faham. Hurmm. Aku habis 50le je kat books fair..Nado habis? .......500Le okekkkk. 500Le blehhh makan utk brape bulann tuuuuuuuu! hahaha, berbeza sungguh! takpe la, beli la..ilmu kann...




Few days after, udin call ajak tagging masuk Hospital, and yeahhh! kami pilih untuk masuk department Obstetric and gynecology! tengok babyyyy..tgk org besalinnn...!! Yeaayy! Aku masuk hospital kerajaan, ward yg untuk 'orang ramai' punya...you know what i mean by ward org ramai. Means mmg ramaiiiiiiiii org nk beranakkk...! hurm..ni utk golongan yg kurang berkemampuan la...diorg dilayan asal utk besalin je..kesian..dah la suami takda kat sebelah..merintihh kat doc pun, doc buat tak tau...ibu ibu muda ni pandang aku suruh legakan contraction dia..mana la aku tau nak buatt apaa..! wahahahaaha. 


Darah, air ketubann menjelejehh jelejehh atas katil..but amazingly, bau dia tak memualkan pon..mcm bau biasa biasa je.. :) nampak jerih susah payah ibu nk besalin kan kita...secara pembedahan pon dah kecutt perut aku tgk, ni kan pulak normal..ya Allahh...aku ni sampai rasa nak tlg mopkan smua darah yg melimpah limpah tu..bodoh an? hahaha. Si Udin dah loya loya. Hahaha. Baru kauuu tauuu!! 


Baby boyyy! my first baby of the day :) 

Waktu doc buat examination kat baby ni, doc tu main jolokkkk je sgala tube kt bontot, mulut hidungg..ksiann aku tgk baby ni tesedak sedakk makan tube..Sebelum sesapa pegang, aku pegang dulu freehand! miahahahaah. omellllll. 

Udin : habislaa budak ni da tak suci..

Aku : ha? nape lak? 

Udin : ye laa..dah kena pegang ngn ko..

aku and bibi : HAHAHHHA. Bodohh lah kau din!



Le Babies and le Dr.Rara. 




Sesapa yg berminat utk bersuamikan Doctor, Here i got friend, Izzudin a.k.a Udin name manjenye kalo ngn aku. Kwn2 dia lain smua panggil dia ijoi. 5th year doctor in AinShams Univesity, Wahaha. tahun dpn dia grad, bleh laa siap2 kalo nak nombo whatsapp dia. Comel pon comell, wahahahahaha. So, Thanks Udin sbb bwk aku naik metro, rasa bawah tanah train in egypt, masuk ObGyn bagai. Saboo je dia melayan aku. 





Hurm..lepastu beberapa hari kemudian lagi, Nado mesej ajak makan kat Chinese Restaurant in Abasiyah. Nado can speaks Chinese, so mmg berkenannn sgt nyonya owner kedai tu dgn Nado. 



 Makan style cina. Hilang sabar plak aku mkn terkuis kuis guna chopstik.


So, aku makan je hirup2 bila part2 terakhir tu. Miahahahaha. Lapar okehhh.. Makanan dia smuaa super sedappp..! nasi aku habis duluu. Pastu Nado tak makan nasi sbb dia diet for his football match, dia mkn lauk je and nasi setengah, dan haruslaa aku sebagai kawan yg baik dunia akhirat menghabiskann nasi nado. nyumm nyumm. Semua food sedappp..! pastu minum chinese tea. Nado and bibi boleh ckp cina. Diorg mengutuk aku dlm bahasa cina. Kongajoo. Rara Fei Chaii di panggilnya aku. aku flip table kanggg! Pastu teman Nado sembang2 ngn mama cina die tu. congg cengg cong cenggg. Tak Fahamm. Mungkin mama cina mahu jodoh kan anak pompuan dia ngn Nado. 



Lepastu main bolingggg. Ramaii gilaa orggg. Tapi dah sampai kan, takkan nak balik..so kena tunggu turn selama sejamm untuk dpt lane. Jadi dgr music kat mp3 nado dulu. Pastu main truth or dare dgn bibi. Boringgg. Pastu mainnn boling. soii, aku kalah :( nado punya tgn berseni sangatt..almost dia spare or stike! :( ritu main dgn Andzar and Ajmal pon diorg lead..! mmg dak laki tere men boling ke apa? :(

Lepas tu Nado lapar, so pegi makan. Aku tak lapar sgt sbb ngntuk and penat. Tapi order jugak, pastu tak habis, Nado habiskan. kalau kluar makan dgn Nado, sama ada aku yg habiskan makanan dia, or dia yg habiskan smua.




Tamatlah lah cuti winter break saya. Bertmu lagi di cuti Summer Break ye :) 





Cuti dah habisssss.. Muka pun pucat.





Saturday, February 9, 2013

You and I





I lose control because of you babe
I lose control when you look at me like this
There's something in your eyes that is saying tonight
I'm not a child anymore, life has opened the door
To a new exciting life


I lose control when I'm close to you babe
I lose control don't look at me like this
There's something in your eyes, is this love at first sight
Like a flower that grows, life just wants you to know
All the secrets of life

It's all written down in your lifelines
It's written down inside your heart

You and I just have a dream
To find our love a place, where we can hide away
You and I were just made
To love each other now, forever and a day
  

I lose control because of you babe
I lose control don't look at me like this
There's something in your eyes that is saying tonight
I'm so curious for more just like never before
In my innocent life

It's all written down in your lifelines
It's written down inside your heart

You and I just have a dream
To find our love a place, where we can hide away
You and I were just made
To love each other now, forever and a day

Time stands still when the days of innocence
Are falling for the night
I love you girl I always will
I swear I'm there for you
Till the day I die

You and I just have a dream
To find our love a place, where we can hide away
You and I were just made
To love each other now, forever and a day












"Listening to the music together. I wish our 170's turn was extended"

Tuesday, February 5, 2013

Pharoh Land : Dahab (part 3 Last)

Assalam and hello guys!

So aku nak sambung balik the previous part. Kang kalo aku tak samung kang entah bila nk sambung. Banyak nau temu janji aku cuti ni. Hahaha. Esok si Udin da tag aku masuk hospital, nk teman si bibi jumpa dentist, itu ini...haihh. cewahh yg sebenarnya aku ni yg pemalas.


Malam tu lepas dah penat2 pusing town Dahab, kitorg balik resort, lepak depan pool pulak...lepak dgn big boss Abang Fawzi. Abg fawzi crita mcm2..pastu suh kitorg pilih activity utk esok..

Hitam nye aku. 


Budak2 laki kemainn menggeletiss berenang renang memalam buta dlm pool. Dah la tgh musim sejuk...jadi je nak berenang lah nk melompat2 gymnast dlm tu. Lantak korg laa. 


So dah pukul 1.30am cm tu, kitorg balik bilik hotel utk tdo and rest. Mula2 plan nak cerita hantu seblum tdo..tapi, nan hado..smua collapse..ketidurannn..




26JAN (0600)

Pagi2 la smua bangun freshh...sbb tak sabar utk activity berikutnya! smua mandi ikot turutan..solat apa smua..dah kluar sgala alat mekapp bagai..padahal bukan nk kemana pon..nk merentas gurun gak pasni. Aku tak paham nak bersolek bagai. hahahaha. so after da siap2 smua..mkn2 something light...pastu berkumpul depan resort. 

Kitorg pilih utk buat activity ATV Safari Cross and Glassboat. 

ATV Safari Cross tu just naik ATV and rentas gurun than pergi lagoon di persisiran gurun...Glassboat pulak mcm kapal selam mini...masuk dlm kapal yg berdinding kaca, and dia akan submerge...so dpt la tgk keindahan dlm laut.....Aktiviti berula seawal 7.30am...


Menuju ke tapak permulaan ATV. Oleh kerana aku ade supir utk ATV, so boleh pakai sluar Palazo, xde aku nk kangkang2 der nk handle paddle brek bagai. So boleh melawaaa duk senyap2 kt blakang. (lawake) hahahahaah! kan aktiviti kite byk ke pantai hari ni...so harus ade fashion efek2 di tepi pantai..hahaha. 


Gang aku 5org. so memasing dah pair2 satu ATV nek dua orang. And oleh kerana aku dah biasa ngn Nado, maka harus aku yg naik ngan Nado. 



The ladies and ATV. 




Ceh, dah habes hebat le tu dpt bwk ATV..pastu memasing nganjing aku rugi tak dpt rasa bwk ATV. Dah, mls aku nk layann. naik la korg..mls aku nk handle2 bnde gedabak cm ni. Baik aku bersenang lenang di belakang sambil menikmati alam sekitar. Dah ada supir, nak susah2kan diri lagi nk buat ape. hahahaha. 



Reen with bibi, mimi with wani. Aku with Nado. Bila aku suh exchange plak, memasing siap2 naik ATV memasing taknakk tukaa..kuajo kannnn. Tipu la kalau taknak naik ngan Nado. Wa ha ha ha ha. Tapi aku igt sweet, tapi takde la sweet sgt..keje nk nganjing aku je kat atas ATV tu. Kate ATV ni berat sbb aku kat blakang laa...nak bawak laju2 nk langgga sgala benda laa...aku jerut leher kau dr blakang kangg. Sia Sia je mak kau anta blajar sini.

Me and my Nado :) 



Sebelum naik ATV guide pesan suruh pakai nose cover sbb takut habuk...tp aku rase takperlu kot sbb musim sejuk maanaaa la adaa ribut pasir..klo musim panas maybe perlu. Si Nado ni baru aku prasan, mafla bodo bodo dia tu pun brand Adidas. Tak silap aku, aku usha gak the same mafla kt outlet Adidas ritu tp warne baby turqoise..skali tgk harga...hurggh. Baik aku mkn sedap2 lagi bagus!. So sembangg la kitorgg atas ATV tu..kesian nado aku (tetiba nado kau?) ni, hips socket dia sakit sbb kena  thrust dgn spikes footballer lain waktu dia main bola ritu.olololololo,ciann la diee.. nnti kte gi scan kt hospital ye:) (muntahmuntahmuntahmuntahmuntah) Jangan risau, aku tak buat apa2 ransangan tak baik pada anak teruna orang. HAHAHAHAHA.

Berhenti seketika dari merempit...ni nk melepak kat khemah masyarakat badawi..




Le khemah..le anak dara masyarakat badawi...


Si Nado kemain bekenan ngan budak kecik tu..nk dukung2 bagai...Nado kalo dgn budak kecik, sweet habiss :) dia suka budak kecik...dia layann je budak tu main rambut dia la ape laa..Kalo si shereen tak habis habis membelaiii kucingg gurunn...belai siap cium2..aku nk minum tetiba  dia lompat kat aku..aku tolak laa..pastu Shereen mrh aku, Shereen ckp, aku syg Pramuk(kucing nado) je..kucing lain habis aku sepak..kuajooo minah ni.




Di Bedoin Lagoon.

Lagoon ni mcm kt persisir gurun....cantikk sgttttt...sejukkk sgttt...!!! ombak tak berapa kuat...Yg I blurr kan tu? tu la Nado i :) heeeeeeee. Yg gamba atas tu, Izzah ombak rindu..heee :D 





Lepastu kitorg balik ke resort utk next activity...Tapi..sedihhh :( Abg Fawzi ckp, ombak tinggi kt tgh laut, so activity Glassboat tepaksa tunda..:( sedih tak sedih tak? FYI, activity glassboat di Dahab lah paling murah..50pound sahaja..berbanding di kepulauan lain, smua dia cas 300pound ke ATAS. so agak sedih :(

Than bos blanja mkn..meggi cup..hahah. comel je..dia siap dia yg masuk ke dapo buatkan..so picnic jap tepi pool, mkn megi cup, snacks, minum2...

Thankyou Apip sbb belanja :) 


mamat dua org tu nmpak je muka blurr blurr, tapi kalau dgn arab, tak tau beza mana arab mana asia. hahahaha. Apip from Indonesia, Hafiz from Malaysia. Le boss of this trip. Sorg lagi Dadan, from Endonesia...tapi smuaa boleh lepak, boleh sembang on many things! :)


So, oleh kerana glassboat cancel le boss bawak kitorg to sight-seeing dekat pantai...masuk ikut the dolphin-bar lounge. rupa rupanya kawasan kat situ cantik gilaa..aku igt tak boleh masuk, tapi selamba tapir je bos masuk kawasan bar tu...than pass through the really beautiful ocean. 



Le goodgirls and le bos



kemainnnnn




Le boss jd photographer. Wahahahah. mcm trip ni kitorg je yg pegi kann..? padahal ramaii lagiii...! yg lain smua berbulu je tgk kitorg mcm kitorg lak the boss..smua ikot timing kitorg..bgn lmbat, boss senyum..pintu bilik, boss kuncikan..nk tangkap gambar boss photog kan..hahha. 





 :) 




Hafiz-Dadan-Apip
Le boss yg camho

Diorg ni nmpak je muka selenga selengaa..tapi content diorg..jgn dipersoalkan ya. Whatever thing cross they'll relate it with Quran :)


last picture for the day :) 




Byk lagi gambo, simpan sket2 utk sendiri. hahaha. So, after zuhur, big boss suruh kemas2 utk check out and set off to Cairo. Wuuu :( taknak balikk...nak duduk dahab..hahaha.

Next day after balik dari Dahab, Nado demam..waktu kt Dahab kemain belagakkkk tafff. Skali kau yg demam dulu..aku dah gelak2 kan nganjing dia, esoknyaa..aku pulakkk yg selesemaa teruk..srott srettt sana sini..T__T


So balik laa Cairo...next entry, aku cerita pasal budget and tips of kind fragile vacation :)
See you next entry! nk tido!















"mok rima...rima busuk(nado)  awk demam.."


"eh..sejak bila icak panggil rara mok rima..? Nado je yg panggil rara mok rima..ksian dia, dia da mkn ubat ? "



"sayang sgt la ke nado die tu.."


......


"rara...td tu bukan icak yg tulis tau..Nado yg tulis...tapi jgn bgtau Nado tau icak bgtau rara ni.." 






"Knowing he trying hard to tell you that he's not well thru this stupid way...anyway, you make me smile..Bahagia isn't it...? :)"



See ya! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...